Saturday 26 November 2011

Panduan Niaga

Dunia sekarang sangat memerlukan wang yang banyak untuk hidup. Makanan, tempat tinggal dan kenderaan menguasai penggunaan wang kebanyakan keluarga di Malaysia. Kadangkala, kita seperti hidup untuk kerja bukannya kerja untuk meneruskan kehidupan.
Oleh itu, ramai mula mencari pendapatan tambahan dan perniagaan melalui internet adalah antara perniagaan yang mereka pilih. Kos operasi yang rendah dan potensi keuntungan yang lumayan membuatkan lebih ramai memilih perniagaan internet untuk mencari pendapatan tambahan. Tambahan pula, ia boleh di jalankan dari rumah dan berada di samping keluarga yang tersayang. Namun, kehadiran skim cepat kaya telah memusnahkan konsep perniagaan internet itu sendiri. Perniagaan adalah perbuatan yang suci. Maka anda perlu sedar bahawa perniagaan memerlukan produk yang jelas.

Berbanding perniagaan yang melibatkan produk yang jelas, anda hidup dalam dunia realiti. Kalau anda dapat jual satu produk, dapatlah anda keuntungan sebanyak satu jualan. Anda perlu ingat, perniagaan internet adalah perniagaan sebenar. Anda perlu rajin dan sentiasa berusaha untuk mendapat keuntungan yang besar. Sebelum anda memulakan perniagaan internet, anda perlu tahu apa yang anda ingin lakukan. Apa yang anda ingin niagakan? Apa potensi pendapatan yang anda inginkan ? Berapa modal yang anda sanggup keluarkan ? Semua perkara ini, anda perlu titik beratkan sebelum memulakan perniagaan. InsyaAllah dilemma anda dalam memulakan perniagaan internet akan berakhir. Sebelum anda memulakan perniagaan internet, anda perlu memikirkan perkara berikut :


1. Jenis perniagaan di internet.
Anda perlu fikir apa jenis perniagaan yang anda ingin jalankan di internet. Adakah perniagaan anda melibatkan penjualan barang? Adakah anda ingin menjual servis? Adakah anda hanya ingin menulis blog? Adakah anda ingin menjadi affiliate? Tentukan apa yang terbaik untuk anda. Namun, sebaik-baiknya anda pilih perniagaan yang anda tahu dan senang dahulu. Apabila sudah lama bermula, kemahiran anda akan bertambah dan sudah tentu anda akan berkemahiran untuk memulakan perniagaan yang lain pula.


2. Cari jenama perniagaan
Pilih nama yang mudah di ingati dan mudah untuk di sebut sebagai nama perniagaan anda. Nama jenama adalah penting dalam memperkenalkan perniagaan masing-masing.


3. Barang/produk untuk diniagakan.
Harus kita sedar, perniagaan tidak tertakluk kepada menjual barang semata-mata. Berniaga ditakrif sebagai menjual barang ni memang sangat popular, termasuklah bila bercakap tentang perniagaan internet. Perniagaan itu banyak cabangnya, selain menjual barang. Kita boleh menjual perkhidmatan, kepakaran, website, ruang iklan dan sebagainya.


4.Modal
Bagi yang mula-mula mahu berjinak-jinak dalam perniagaan dan tidak mengikuti sebarang kursus, eloklah bermula dengan skala kecil. Tak perlu berangan menyewa sebuah kedai sebagai langkah pertama sekiranya masih banyak komitmen lain. Perniagaan yang paling mudah untuk dimulakan dalam skala kecil ialah perniagaan online atau perniagaan internet. Tiada kos sewa tempat, malah blog boleh dibina secara percuma di beberapa platform contohnya wordpress dan blogspot.


5. Persediaan tempat kerja dan alatan.
Di manakah anda ingin lakukan perkerjaan anda? Jika di rumah, pastikan anda menyediakan ruang yang selesa untuk anda lakukan semua pekerjaan anda. Pastikan semua peralatan anda cukup seperti komputer, line internet yang berkelajuan tinggi, printer dan mungkin mesin faks. Ia bergantung kepada perancangan anda.


6. Adakah perniagaan anda halal atau haram
Periksa sama ada perniagaan yang bakal anda lakukan menepati ciri-ciri yang di bolehkan dalam agama. Anda wajib siasat perkara ini dahulu sebelum memulakan perniagaan anda. Pastikan juga ia mematuhi peraturan negara.


7. Masa
Masa itu ada bagi orang yang benar-benar sibuk dan bagi orang yang ‘perasan sibuk’, memang asyik tiada masa. Masa itu sentiasa ada bagi yang bijak merancang masanya. Orang yang sentiasa terbawa-bawa dengan angan-angan, berehat-rehat, bersenang-senag, memang akan selalu tiada masa. Jadi, rancanglah masa dengan sebaiknya, buat jadual haria, to-do list dan sebagainya.


8. Prospek Pelanggan
Sebaiknya target pada pelanggan yang ada persamaan dengan kita dan kepakaran kita, untuk memudahkan urusan terutama dari segi komunikasi. Seorang ibu mungkin lebih mudah mendekati ibu-ibu dan wanita lain. Namun prospek ini mestilah kena dengan apa yang kita tawarkan kepada mereka. 


9. Persaingan
Kadang-kadang pesaing adalah perlu supaya tidak terlalu puas hati. Bila ada pesaing, kita akan berusaha lebih dan pesaing ni akan memainkan peranan sebagai tukang beri motivasi kepada kita. Kita akan jadi lebih kreatif dengan adanya persaingan. Jangan takut pada persaingan, kerana persaingan itu sihat.


10. Mencuba sesuatu yang baru
Bagaimana cara untuk menjadi usahawan yang termasuk ke dalam golongan 1% yang hebat dan berjaya, serta ‘bebas’ persaingan? Caranya adalah mudah, iaitu melakukan sesuatu yang tidak berani dilakukan oleh usahawan/perniagaan lain, termasuk idea-idea yang kreatif (berbeza). Apabila melakukan sesuatu yang tidak sama seperti kebanyakan usahawan lain lakukan, terutama perkara yang mereka tidak berani lakukan, kita akan berada di dalam kelompok 1% yang hebat dan berjaya. Untuk berjaya, perlu berani dan suka melakukan sesuatu yang tidak pernah mahu dilakukan oleh 99% lagi usahawan-usahawan lain.